|
Renungan
Bismillahirahmanirrahim
(fwd by
Radhiah)
assalamualaikum...
Buat saudara seIslam yang dikasihi......moga ia menjadi 'Saham' kita "Di Sana".
RENUNG KAN LAH WAHAI KAWAN-KAWAN KU SEKALIAN.
Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang
tidak kita ketahui. Cuba kita amati... mengapa kebanyakan orang yang nazak(hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yg menahan kesakitan sakaratul
maut. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan,kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak Kita takut
dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan
kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya. Dari itu marilah
kita sama-sama menghormati azan,...dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa
sedang dicabut. "Ya..Allah,anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan
lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah.....semasa sakaratul maut menghampiri
kami...... amin.. amin.. aminYarobbal a'lamien.."
WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda
dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri
Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh
dalamkeharaman
Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3
tanda-tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
|
|
Jokes for the day
|
(
Ruangan ini ditutup buat sementara bagi menghormati permergian
sahabat kita yang disayangi Ani Josfina)
|
|